Pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Anuar Puteh, and Rashidi Abbas, and Abd. Ghafar Don, and Zilal Saari, and Muhammad Syafiee Elias, (2016) Pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (1). pp. 25-34. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
529kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/880

Abstract

Makalah berbentuk kajian deskriptif ini bertujuan untuk meneliti pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Instrumen kajian yang digunakan ialah kajian dokumen dan soal selidik. Sampel kajian seramai 30 orang yang terdiri daripada kalangan saudara baru terlibat dalam kajian ini dan lokasi kajian ialah di negeri Johor Darul Takzim. Terdapat dua konstruk yang dikaji, iaitu persepsi saudara baru terhadap pengurusan agihan zakat dan kesan-kesan agihan zakat kepada saudara baru. Dapatan kajian ini menunjukkan responden agak berpuas hati dengan sistem agihan zakat di MAINJ. Secara holistik, kajian ini merumuskan bahawa agihan zakat untuk asnaf mu’allaf adalah amat penting untuk dilaksanakan dan diuruskan dengan baik demi kesejahteraan para mu’allaf, khasnya dalam hal-ehwal pengurusan agihan zakat golongan ini di MAINJ.

Item Type:Article
Keywords:Zakat; Asnaf zakat; Mu’allaf; Majlis Agama Islam Negeri Johor; Islam di Johor
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10225
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2017 04:15
Last Modified:17 Mar 2017 02:06

Repository Staff Only: item control page