Legasi intelektual al-Tabari dan Ibn Kamil dalam Tajarib al-Umam Karya Miskawayh

Azmul Fahimi Kamaruzaman, (2016) Legasi intelektual al-Tabari dan Ibn Kamil dalam Tajarib al-Umam Karya Miskawayh. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (1). pp. 45-52. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
287kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/880

Abstract

Makalah ini menilai legasi intelektual al-Tabari dan peranan Ibn Kamil dalam pembentukan epistemologi (teori ilmu) historiografi Miskawayh dalam karyanya, Tajarib al-Umam. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan bagaimana Miskawayh menggunakan pendekatan maraji‘ bagi merangka penulisan bahagian sejarah universal yang bermula dari skop sejarah Parsi pra-Islam sehingga peristiwa sejarah tahun 339 Hijrah dalam Tajarib al-Umam. Artikel ini mengaplikasi metode analisis dokumen berasaskan kandungan teks Tajarib al-Umam. Analisis mendapati wujuda tiga aspek yang signifikan. Pertama, maklumat sejarah dalam bahagian sejarah universal Tajarib al-Umam didominasi dan diperoleh daripada kitab Tarikh al-Rusul wa al-Muluk karya al-Tabari melalui perantaraan Ibn Kamil. Kedua, Miskawayh memperoleh maklumat sejarah daripada Ibn Kamil menggunakan metode maraji‘. Ketiga, wujud peranan Ibn Kamil sebagai guru sejarah yang memberikan ijazah kepada Miskawayh bagi menyusun dan menulis Tajarib al-Umam.

Item Type:Article
Keywords:al-Tabari; Ibn Kamil; Miskawayh; Epistemologi; Historiografi; Tajarib al-Umam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10227
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2017 04:42
Last Modified:17 Mar 2017 02:09

Repository Staff Only: item control page