Kekangan dan penyelesaian kelewatan pengurusan aset pusaka tak alih orang Islam di Malaysia

Bibi Nur Adila Zulkafli, and Md Yazid Ahmad, (2016) Kekangan dan penyelesaian kelewatan pengurusan aset pusaka tak alih orang Islam di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (1). pp. 53-63. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
322kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/880

Abstract

Di Malaysia, aset pusaka tak alih yang belum dituntut milik orang Islam semakin meningkat saban tahun. Nilaian aset pusaka yang belum dituntut dianggarkan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2016 berbanding RM40 bilion pada tahun 2007. Kelewatan membuat permohonan pembahagian pusaka menyebabkan proses pembahagian pusaka menjadi lebih rumit sekiranya berlaku kematian berlapis ke atas waris-waris si mati dan secara langsung memberi impak dari sudut kelancaran pengurusan pembahagian aset pusaka tersebut. Selain itu, kewujudan tanah pusaka terbiar yang tidak ekonomik dan tunggakan cukai tidak dijelaskan turut memberi kesan terhadap aspek ekonomi negara. Justeru, artikel ini bertujuan unuk meninjau permasalahan yang menjadi punca kelewatan permohonan pengurusan pembahagian aset pusaka tak alih orang Islam berserta kaedah penyelesaiannya. Kajian secara kualitatif digunakan dengan mengambil pendekatan analisis kandungan dan tinjauan berbentuk temu bual separa struktur. Dapatan kajian mendapati terdapat dua masalah utama dalam pengurusan aset pusaka tak alih orang Islam yang belum dituntut, iaitu kekangan perundangan dan masalah sosial masyarakat. Oleh yang demikian, satu jalan penyelesaian yang praktikal diperlukan dalam menangani masalah tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Aset tak alih; Pengurusan harta pusaka; Undang-undang pusaka Islam; Hartanah di Malaysia
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10228
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2017 04:46
Last Modified:17 Mar 2017 02:14

Repository Staff Only: item control page