Pengetahuan sebagai elemen tanggungjawab manusia menurut perspektif Islam

Muhammad Atiullah Othman, and Indriaty Ismail, (2016) Pengetahuan sebagai elemen tanggungjawab manusia menurut perspektif Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (1). pp. 65-70. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
363kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/880

Abstract

Dapatan terdahulu telah menunjukkan pengetahuan ialah satu daripada elemen tanggungjawab manusia. Kaitan antara pengetahuan dan tanggungjawab telah terbukti dengan penjelasan kerangka dalam pemikiran Islam dan undang-undang Islam. Objektif utama makalah ini adalah untuk memahami asas pengetahuan dalam agama Islam dan mengenal pasti justifikasi pengetahuan yang dapat mengesahkan tanggungjawab manusia. Kajian ini menggunakan penulisan klasik dan terkini dalam pelbagai disiplin terutamanya dalam pemikiran dan undang-undang Islam. Metode kajian yang digunakan ialah kaedah induktif untuk memahami pandang para cendekiawan Islam terhadap tanggungjawab pengetahuan, kaedah deduktif juga digunakan untuk mengumumkan pandangan-pandangan ini dan mengenal pasti prinsip Islam berkaitan tanggungjawab pengetahuan. Di samping itu juga, kajian ini memberi tumpuan pada kaedah perbandingan dengan membandingkan pelbagai pandangan agar dapat melihat persamaan dan perbezaan dalam kalangan cendekiawan Islam. Kajian ini menemukan asas pengetahuan dalam agama Islam yang bersandarkan ‘ilm daruri. Dengan ‘ilm daruri, pengetahuan manusia dapat dijustifikasi agar mengenalpasti tanggungjawab manusia. Kajian ini juga mendapati asas memahami baik dan buruk menunjukkan kaitan antara pengetahuan agama dan pengetahuan akal. Baik dan buruk ini merupakan asas penjelasan kepada justifikasi pengetahuan sebagai satu darimada elemen tanggungjawab dalam Islam.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Tanggungjawab; Kebaikan dan kejahatan; Pemikiran Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10229
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2017 08:04
Last Modified:17 Mar 2017 02:16

Repository Staff Only: item control page