Tahap Kefahaman Bacaan Kloz dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Arab

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Sarizan Sulong, and Wan Normeza Wan Zakaria, (2016) Tahap Kefahaman Bacaan Kloz dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Arab. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (1). pp. 71-75. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
240kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/880

Abstract

Membaca ialah satu proses mental yang aktif dan pembaca mentafsir aksara huruf dan perkataan menjadi makna. Membaca menjadi sedikit mencabar kepada pelajar bahasa kedua, termasuk pelajar bahasa Arab, memandangkan pembaca bahasa kedua memerlukan daya tafsiran yang lebih sedikit berbanding kemahiran membaca bahasa ibunda. Pada kebanyakan masa pula, pelajar perlu menterjemahkan dahulu perkataan Arab ke bahasa ibunda untuk memahami bahasa Arab. Kelajuan membaca bahasa kedua tidak selaju membaca bahasa ibunda. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan murid melalui Ujian Kefahaman Bacaan Kloz, di samping mengamati hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Kloz sebagai alat kajian. Respon kajian ialah seramai 60 pelajar yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Tahap ini menunjukkan pelajar memerlukan bimibingan untuk membaca petikan teks bahasa Arab. Mereka tidak mampu untuk membaca dan memahami secara bersendirian. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab. Ini sekaligus menunjukkan tahap kefahaman bacaan memberi sumbangan kepada pencapaian bahasa Arab.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran bahasa Arab; Ujian Kloz; Kemahiran membaca; Kebolehbacaan; Ujian kefahaman bacaan Bahasa Arab
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10230
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2017 08:11
Last Modified:17 Mar 2017 02:18

Repository Staff Only: item control page