Prospek perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah

Nurbazla Ismail, and Mohd Al Adib Samuri, (2016) Prospek perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (1). pp. 77-84. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
272kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/880

Abstract

Hukuman maksimum bagi kesalahan jenayah Syariah yang termaktub dalam enakmen dan akta mahkamah Syariah di Malaysia ialah tiga tahun penjara, RM5,000 dan enam kali sebatan. Apabila dikaji secara mendalam, hukuman ini didapati tidak setimpal dengan berat kesalahan jenayah yang dilakukan. Enakmen dan akta mahkamah Syariah juga tidak menyebut mana-mana hukuman lain yang boleh dihukumkan kepada pesalah jenayah Syariah di Malaysia. Justeru, kajian ini dilakukan untuk meneliti ruang pelaksanaan perintah khidmat masyarakat berdasarkan bidang kuasa mahkamah dan mengkaji prospek perintah khidmat masyarakat di Mahkamah Syariah menurut perspektif Hakim-hakim Syarie. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa struktur dengan menemu bual sembilan orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah di lima buah negeri di Malaysia. Sementara itu, dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukkan perintah khidmat masyarakat boleh dilaksanakan sebagai satu hukuman pilihan bagi kesalahan jenayah Syariah di Malaysia. Ini berdasarkan kepercayaaan para Hakim Syarie bahawa perintah ini mempunyai prospek yang cerah untuk dilaksanakan dan boleh memberi kesan positif kepada pesalah. Kajian ini penting untuk menjadi panduan kepada pengamal undang-undang Syariah di Malaysia bagi melaksanakan perintah ini.

Item Type:Article
Keywords:Perintah khidmat masyarakat; Bidang kuasa mahkamah; Perspektif hakim syarie; Prospek hukuman
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10231
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2017 08:15
Last Modified:17 Mar 2017 02:56

Repository Staff Only: item control page