Impian dan realiti majlis perkahwinan orang Melayu masakini: kajian kes di pinggir Bandar Kuala Lumpur

Mohd Khairuddin Mohd Sallehuddin, and Mohamad Fauzi Sukimi, (2016) Impian dan realiti majlis perkahwinan orang Melayu masakini: kajian kes di pinggir Bandar Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (7). pp. 1-12. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Perkahwinan merupakan rites de passage atau satu proses kehidupan yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki mahupun perempuan tanpa mengira taraf dan darjat. Namun demikian, muktahir ini, isu peningkatan kos perkahwinan seringkali menjadi isu hangat di kebanyakan dada-dada akhbar, ceramah dan sebagainya. Kajian ini mengupas bagaimana faktor impian pasangan pengantin, terutamanya pengantin perempuan, dizahirkan melalui aktiviti konsumsi komoditi dan perkhidmatan perkahwinan untuk memenuhi keinganan dan citarasa mereka dalam mendapatkan bentuk majlis perkahwinan impian mereka. Data primer diperolehi melalui pemerhatian dan kajian di lapangan yang melibatkan keluarga berpendapatan rendah dan temubual mendalam dengan lima orang pengantin perempuan di Kampung Melayu Sri Wira Damai, Selangor . Hasil kajian mendapati wujud keinginan memenuhi bentuk majlis perkahwinan impian dalam kalangan informan melalui aktiviti konsumsi komoditi dan perkhidmatan perkahwinan yang disediakan industri perkahwinan. Perlaksanaan majlis perkahwinan yang dahulunya berkiblatkan tuntutan agama, adat dan sikap berjimat cermat kini semakin terhakis oleh keinginan tersebut, dan ini secara langsung menyumbang kepada berlakunya peningkatan kos perkahwinan masa kini.

Item Type:Article
Keywords:Impian pengantin; Konsumerisme; Pengantin moden; Produk dan perkhidmatan pengantin; Rites de passage; Upacara perkahwinan Melayu
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10320
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Apr 2017 04:47
Last Modified:18 Apr 2017 07:25

Repository Staff Only: item control page