Konsep, dasar dan perlaksanaan Bandar Sejahtera dengan rujukan khas kepada Malaysia

Kartini Aboo Talib @ Khalid, (2016) Konsep, dasar dan perlaksanaan Bandar Sejahtera dengan rujukan khas kepada Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (7). pp. 26-33. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
219kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sifat lestari, daya huni, keselamatan dan kemudahan fizikal bandar yang lengkap sempurna adalah idaman dalam melakarkan pembentukan bandar sejahtera. Namun begitu, beberapa aspek kemanusiaan dengan cabaran baru masyarakat tidak diintegrasikan dengan baik dalam proses pembentukan bandar sejahtera. Kajian ini mengupas konsep perbandaran dan proses dari segi literatur, menjelaskan peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan proses perbandaran. Persoalan kajian yang disingkap dan dibahaskan ialah anjakan paradigma daripada bentuk bandar sejahtera kepada bandar kesepaduan yang mengutarakan beberapa konteks cabaran seperti pembentukan bandar dan luar bandar kesan tinggalan sejarah kolonial dan impak persempadanan semula, kuota perumahan bumiputera, dan cadangan bandar kesepaduan yang mengambil kira aspek dan dimensi superdiversity. Kupasan komprehensif ini mendapati bahawa dasar perumahan tempatan perlu memikirkan usaha mewujudkan bandar kesepaduan dengan memperkasa pendekatan social collectivism agar cabaran isu superdiversity dapat ditanggani dengan baik dan berkesan bagi mewujudkan keharmonian bermasyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Harmoni; Bandar kesepaduan; Kesepaduan sosial; Proses pembandaran; Social collectivism; Superdiversity
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10322
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Apr 2017 04:52
Last Modified:18 Apr 2017 08:29

Repository Staff Only: item control page