Hamidi Ismail, and Hamim Samuri, and Mohamed Mustafa Ishak, (2016) Tahap kepuasan terhadap ciri-ciri produk elektrik berteknologi hijau dalam kalangan pengguna kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (7). pp. 83-92. ISSN 2180-2491
|
PDF
235kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Tahap kepuasan terhadap ciri-ciri produk elektrik berteknologi hijau dalam kalangan masyarakat didapati masih rendah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepuasan sebenar dalam kalangan masyarakat dengan tumpuan khusus terhadap pengguna domestik kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah pungutan data bagi kaji selidik adalah secara mel elektronik dengan hanya penduduk kawasan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai responden. Jumlah sampel yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 391 orang daripada kawasan bandaraya ini dan teknik analisis utama digunakan adalah deskriptif melibatkan nilai peratusan. Kajian mendapati bahawa tahap kepuasan tinggi adalah terhadap ciri inovasi produk (71.46%), ciri kesesuaian produk (74.90%) dan ciri pemilikan piawaian kualiti produk (75.00%). Tahap kepuasan sederhana pula melibatkan pengalaman penggunaan (69.93%) dan kemudahgunaan (65.73%). Namun demikian, tahap kepuasan terhadap ciri-ciri produk elektrik berteknologi hijau masih memuaskan atau tinggi kerana mencapai peratusan sebanyak 71.40 peratus. Kajian mencadangkan agar ciri pengalaman penggunaan dan kemudahgunaan perlu ditingkatkan. Pada masa yang sama juga perlu meningkatkan lagi ciri inovasi, kesesuaian dan pemilikan piawaian kualiti agar kekal relevan sepanjang zaman. Oleh kerana itu, kajian melihat wujud keperluan agar Dasar Teknologi Hijau Negara dilihat kembali dalam konteks kepentingan pencapaian kepuasan pengguna berdasarkan ciri-ciri produk elektrik berteknologi hijau negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dasar Teknologi Hijau Negara; Kepuasan pengguna; Kualiti alam sekitar; Pengalaman pengguna; Produk elektrik; Teknologi hijau |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 10327 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Apr 2017 07:15 |
Last Modified: | 20 Apr 2017 09:38 |
Repository Staff Only: item control page