Mohd Kipli Abdul Rahman, (2016) Persembahan saba: suatu ritual penyembuhan dari perspektif kosmologi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8). pp. 22-33. ISSN 2180-2491
|
PDF
645kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Tulisan ini meneroka persembahan saba sebagai suatu ritual untuk penyembuhan dengan tumpuan kajian terhadap tingkahlaku dan budaya. Cerakinan idea tentang persembahan saba ditelusuri melalui perspektif kosmologi. Ia berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam fizikal dan alam metafizik serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. Hubungan manusia dengan alam mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni. Karya seni yang dihasilkan itu pula melambangkan semangat mereka terhadap kosmologi kepercayaan keagamaan pengkarya. Ia turut berkaitan dengan empat unsur kosmos, iaitu tanah, air, api dan angin. Karya seni yang dihasilkan turut dipercayai memiliki semangat ataupun jiwa. Sehubungan itu, sudut pandang kosmologi menemukan pelbagai dimensi ruang dan kosmos yang menjadi pencetus kepada penglahiran suatu pandangan dunia tentang fungsi persembahan saba sebagai suatu ritual penyembuhan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Animisme; Kosmologi; Metafizik; Penyembuhan; Ritual; Saba |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 10363 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 May 2017 04:26 |
Last Modified: | 04 May 2017 08:09 |
Repository Staff Only: item control page