Mustaffa Omar, (2016) Perbandingan indeks kelestarian hidup dan kemudahancaman komuniti minoriti Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8). pp. 34-47. ISSN 2180-2491
|
PDF
331kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Kelestarian hidup yang dikecapi masyarakat Orang Asli masih kurang memuaskan di negara ini. Harapan untuk mereka berkembang maju seiring dan sederap dengan kelompok-kelompok lain di negara ini menjelang tahun 2020 masih kabur. Kertas ini menawarkan suatu analisis perbandingan kelestarian hidup komuniti minoriti Orang Asli dari kumpulan Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Selain itu, tulisan ini juga bertujuan menganalisis tekanan-tekanan dari faktor alam sekitar, sosial, ekonomi dan budaya yang turut menyumbang kepada keterancaman beberapa kumpulan minoriti Orang Asli di negara ini. Andaian asas kajian ini bahawa penguasaan anggota sesuatu komuniti ke atas enam domain modal (modal kewangan, modal sosial, modal budaya, modal fizikal, modal semulajadi, dan modal manusia) dapat memperkasakan kedudukan dan meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Namun begitu, kepelbagaian ancaman yang wujud dalam bentuk kejutan, perubahan tren dan bersifat bermusim telah memberi impak negatif ke atas pemilikan aset dan kelestarian hidup mereka. Bagi menanggani faktor keterancaman ini, intervensi polisi pemerintah dan inisiatif lokal setempat perlu dipertingkatkan bagi menghadapi segala macam ancaman yang wujud.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ancaman; Aset modal; Indeks kelestarian; Kelestarian kehidupan; Kemudahterancaman; Orang Asli |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 10364 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 May 2017 04:33 |
Last Modified: | 04 May 2017 08:13 |
Repository Staff Only: item control page