Fidlizan Muhammad, and Mohd Yahya Mohd Hussin, and Salwa Amirah Awang, and Abdul Majid Tahir Mohamed, (2016) Islam di Malaysia: tertunaikah bayaran zakat pendapatan? Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8). pp. 48-60. ISSN 2180-2491
|
PDF
336kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Sumber pendapatan seseorang individu daripada penggajian semakin meluas dan berbeza mengikut sektor pekerjaan dan jawatan. Selain pendapatan dikenali gaji pokok, seseorang pekerja turut menikmati pendapatan berbentuk elaun, bonus, insentif dan sebagainya Memandangkan sumber pendapatan ini semakin meluas, kepatuhan dalam menghitung jumlah pendapatan yang perlu ditunaikan zakat adalah signifikan. Sehubungan itu, setiap individu Muslim berkelayakan perlu menunaikan zakat pendapatan bagi memastikan harta yang dicari dan diperoleh adalah bersih daripada hak orang lain di dalamnya. Justeru itu, kajian ini cuba menganalisis kepentingan untuk menghitung pendapatan berzakat yang sempurna berdasarkan sumber pendapatan yang semakin berkembang. Kaedah simulasi berbantukan kalkulator zakat atas talian digunakan untuk kemudahan pengiraan nilai zakat berdasarkan beberapa contoh pendapatan tambahan dan juga tolakan perbelanjaan yang dibenarkan. Hasil simulasi menunjukkan bahawa penjumlahan pendapatan berzakat yang merangkumi kesemua jenis bayaran dan kemudahan diterima oleh seseorang pekerja memberi kesan kepada nilai zakat dibayar dan kutipan institusi bersama-sama. Implikasi kajian ini menunjukkan satu keperluan kepada pihak berautoriti untuk menilai semula bentuk-bentuk pendapatan daripada penggajian yang perlu ditunaikan zakat, serta menambahbaik maklumat ini dalam web dan kalkulator zakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadar elaun; Kemudahan jawatan; Zakat pendapatan; Keseimbangan; Kalkulator zakat; Ekonomi Islam |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 10365 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 May 2017 04:37 |
Last Modified: | 04 May 2017 08:15 |
Repository Staff Only: item control page