Aplikasi analisis modifikasi kepentingan-prestasi amalan penyeliaan pengajaran ketua panitia seperti sedia ada dan yang diperlukan oleh guru

Hamidah Yusof, and Jamal @ Nordin Yunus, and Sharifah Hasima Syed Daud, (2016) Aplikasi analisis modifikasi kepentingan-prestasi amalan penyeliaan pengajaran ketua panitia seperti sedia ada dan yang diperlukan oleh guru. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8). pp. 89-99. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
404kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Cabaran dalam abad ke-21 telah mendesak penambahbaikan sentiasa dilakukan bagi memperbaiki kualiti pendidikan. Pelbagai cara telah dilaksanakan bagi menyahut cabaran ini termasuklah memperkasakan jati diri guru dan mengasah kemahiran serta kebolehan guru melalui penyeliaan pengajaran.Bagi menilai ciri-ciri kualiti amalan penyeliaan pengajaran oleh ketua panitia, analisis kepentingan-prestasi (Importance Performance Analysis, IPA) yang telah dimodifikasi digunakan terhadap amalan penyeliaan sedia ada dan yang diperlukan.Dapatan kajian menunjukkan amalan penyeliaan sedia ada mahupun yang diperlukan mempunyai nilai min yang tinggi. Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat atribut yang berada dalam kuadran 4. Hanya satu atribut berada di kuadran 1.4 atribut berada di kuadran 2 dan selebihnya iaitu sebanyak 6 atribut berada di kuadran 2 iaitu keutamaan rendah.Oleh yang demikian, adalah penting agar pihak berkepentingan dapat menitik beratkan dapatan kajian bagi meningkatkan amalan penyeliaan pengajaran.

Item Type:Article
Keywords:Amalan penyeliaan pengajaran diperlukan; Amalan penyeliaan pengajaran sedia ada; Analisis modifikasi kepentingan-prestasi; Guru; Ketua panitia; Sekolah rendah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10368
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2017 07:01
Last Modified:04 May 2017 10:00

Repository Staff Only: item control page