Pengaruh aspek pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Malaysia: kajian kes Melaka

Hamidi Ismail, and Md Sirat Abu, (2016) Pengaruh aspek pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Malaysia: kajian kes Melaka. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8). pp. 100-109. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
306kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sehingga kini, tiada kajian secara komprehensif pernah dijalankan berkaitan dengan pengaruh pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Negeri Melaka. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti pengaruh pengalaman (dari aspek produk, perkhidmatan dan perasaan) tentang ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Melaka. Sebanyak 560 sampel terdiri daripada pelancong domestik dan asing diambil berdasarkan kaedah peratusan di 12 pusat ekopelancongan sekitar negeri Melaka bagi tujuan kaji selidik dan analisis data pula menggunakan teknik korelasi pearson. Kajian mendapati bahawa pengalaman dari aspek produk ekopelancongan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.691, p≤0.01), aspek perkhidmatan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.720, p≤0.01), perasaan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.723, p≤0.01) serta pengalaman secara keseluruhannya mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.862, p≤0.01). Bentuk hubungan adalah positif iaitu semakin baik aspek-aspek dalam pengalaman, maka semakin baik jangkauan kepuasan pelancong, malah kesemua ujian menerima H1. Secara keseluruhannya, pengalaman ekopelancongan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancongan dengan kekuatan kira-kira 86 peratus. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kajian mendapati masih perlu penambahbaikan terhadap Pelan Ekopelancongan Kebangsaan dalam konteks penilaian dan kaedah peningkatan pengalaman ekopelancongan.

Item Type:Article
Keywords:Ekopelancongan; Kepuasan pelancong; Pelan Ekopelancongan Kebangsaan; Pelancongan; Pelancongan Melaka; Pengalaman ekopelancongan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10369
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2017 07:07
Last Modified:04 May 2017 10:08

Repository Staff Only: item control page