Pelancongan bandar dan isu keselamatan: kajian kes pelancong antarabangsa Kuala Lumpur

Fauziah Che Leh, (2016) Pelancongan bandar dan isu keselamatan: kajian kes pelancong antarabangsa Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8). pp. 110-122. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
458kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Dalam konteks pelancongan bandar, keselamatan pelancong adalah kebimbangan penting yang boleh mempengaruhi aliran masuk pelancong antarabangsa ke banyak bandar raya di Asia. Kehadiran polis pelancong di kawasan bandar menyediakan bantuan utama kepada pelancong antarabangsa. Kejadian yang tidak diingini melibatkan pelancong sebagai mangsa memberi kesan negatif kepada industri pelancongan secara keseluruhannya. Tidak dapat tidak, kawasan yang kerap berlaku jenayah di bandar akan berakhir sebagai "kawasan yang tidak dikunjungi" walaupun terdapat laman web pelancongan yang memperkenalkan kepentingan lokasi pelancongan ini. Boleh dikatakan, bandar-bandar yang lebih ‘tua’ dengan ciri-ciri warisan bandar penting menampilkan bangunan mewakili era seni bina yang berbeza. Namun, ini adalah elemen-elemen pelancongan bandar yang pihak berkuasa tempatan sangat berminat untuk mempromosi. Oleh itu, kajian ini meneliti persepsi pelancong antarabangsa dan kebimbangan mereka terhadap keselamatan dan kesejahteraan di lokasi pelancongan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Data primer diperolehi melalui soal selidik berstruktur dan temu bual seramai 201 pelancong antarabangsa yang dipilih. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan pelancong antarabangsa di tapak pelancongan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai langkah ke hadapan kajian ini mencadangkan agar program bandar selamat yang sedang dilaksanakan dikaji semula, diperksakan dan dijadikan lebih berkesan lagi.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah bandar; Pelancongan bandar; Pelancongan selamat; Pencegahan jenayah; Pusat Bandaraya Kuala Lumpur; Tapak warisan bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10370
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2017 07:11
Last Modified:04 May 2017 10:10

Repository Staff Only: item control page