Konsep integriti dalam Organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM): satu tinjauan awal

Megat Ayop Megat Arifin, and Abd. Halim Ahmad, (2016) Konsep integriti dalam Organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM): satu tinjauan awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8). pp. 135-147. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
343kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Integriti merupakan satu nilai amalan yang amat penting bagi sesebuah organisasi dalam mencorakkan budaya organisasi supaya lebih berkualiti dan unggul dalam sistem penyampaian perkhidmatan sesuatu organisasi. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada sektor perkhidmatan awam Malaysia terutamanya dalam agensi penguatkuasaan undang-undang negara seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai sebuah pasukan keselamatan negara, PDRM telah berusaha untuk meningkatkan dan memantapkan nilai integriti dalam kalangan anggota polis demi memenuhi tuntutan masyarakat dan negara. Namun menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (2014) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (2014) telah menunjukkan PDRM memperoleh bilangan aduan yang tinggi daripada masyarakat berkenaan kemerosotan dalam sistem penyampaian perkhidmatan iaitu melibatkan tahap integriti dalam organisasi PDRM. Kertas ini akan memfokuskan dua faktor utama yang mempengaruhi integriti dalam agensi PDRM iaitu budaya organisasi dan integriti individu. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengetahui bentuk-bentuk pemantapan integriti dalam kalangan anggota polis dan faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelanggaran nilai integriti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu temubual berstruktur, soal selidik terhadap 760 anggota serta pegawai PDRM yang sedang berkhidmat di Negeri Perak, serta kajian perpustakaan melalui buku dan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan terdapat percanggahan para sarjana dalam menentukan kedua-dua faktor tersebut terhadap tahap integriti anggota polis. Namun begitu, faktor budaya organisasi dilihat lebih relevan dalam menjelaskan permasalahan integriti dalam kalangan anggota PDRM kerana mempunyai pengaruh yang besar terhadap perubahan sikap dan perilaku.

Item Type:Article
Keywords:Biro Pengaduan Awam; Budaya organisasi; Integriti; Faktor individu; Kod Etika; PDRM
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10372
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2017 07:17
Last Modified:04 May 2017 10:15

Repository Staff Only: item control page