Interaksi guru dan sikap pelajar Malaysia terhadap biologi: satu kajian perbandingan etnik

Wong, Ellis Siew Ting and Che Nidzam Che Ahmad, (2016) Interaksi guru dan sikap pelajar Malaysia terhadap biologi: satu kajian perbandingan etnik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8). pp. 148-160. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
431kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pembangunan sumber manusia dalam Abad Duapuluh-satu tentunya berpasak kepada pendidikan sains yang berkualiti. Bagi sebuah negara yang ingin menjadi negara maju seperti Malaysia keperluan ini adalah mutlak dipenuhi. Kajian ini bertujuan untuk pandangan pelajar pelbagai etnik terhadap interaksi guru dan sikap mereka terhadap Biologi serta menentukan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Reka bentuk kajian menggunakan tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Prosedur persampelan kelompok dua tingkat dilakukan untuk memilih seramai 300 orang pelajar Biologi Tingkatan Empat dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Bintulu sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini dibezakan kepada empat kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina, Iban dan Bumiputera. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian korelasi Spearman’s rho dan ujian Kruskal-Wallis. Dapatan kajian melaporkan persepsi pelajar terhadap interaksi guru adalah bertahap sederhana, begitu juga dengan sikap pelajar terhadap Biologi. Ujian korelasi Spearman’s rho menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang lemah antara interaksi guru dengan sikap pelajar terhadap Biologi. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan kepada para pendidik untuk menilai apa yang berlaku dalam kelas mereka dan menolong mereka membuat refleksi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan kemudiannya menambah baik profesion perguruan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Etnik; Interaksi guru; Pendidikan biologi; Persepsi pelajar; Sikap pelajar; Sumber manusia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:10373
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2017 07:40
Last Modified:04 May 2017 10:16

Repository Staff Only: item control page