Program Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya: pelaksanaan dan cabaran

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, and Madiawati Mamat, (2017) Program Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya: pelaksanaan dan cabaran. Jurnal Melayu, 16 (1). pp. 19-31. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
196kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/935

Abstract

Kursus Kesusasteraan Melayu dalam bidang pendidikan sama ada di institusi pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah pada masa kini semakin kurang mendapat perhatian atau tempat dalam kalangan pelajar. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelajar pada hari ini lebih meminati kursuskursus yang bersifat praktikal dan memenuhi kehendak atau pasaran semasa. Sehubungan itu, kursus-kursus kesusasteraan tidak lagi menjadi tumpuan pelajar. Kursus Kesusasteraan Melayu perlu diberi penambahbaikan dan penyesuaian agar dapat memenuhi kehendak pasaran semasa, lebih-lebih lagi pada zaman ledakan teknologi maklumat kini. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan tentang perlaksanaan dan cabaran dalam tiga kursus Kesusasteraan Melayu di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaya yang ditawarkan dengan mengambil kira keperluan semasa para pelajar. Kursus tersebut ialah Kursus Penyuntingan Sastera, Sastera Komersial dan Pengajaran E-Sastera. Ketiga-tiga kursus tersebut merupakan kursus yang memperkenalkan aspek pengisian sastera, sama ada genre sastera moden atau sastera tradisional dalam medium yang baharu dan lebih praktikal. Hal ini selaras dalam menjadikan bidang Kesusasteraan Melayu sebagai bidang yang “menyusur akar mencecah awan.” Perkara ini memberi penjelasan bagaimana kursus-kursus ini dapat menjadikan sastera Melayu lebih menarik perhatian atau mendapat tempat dalam kalangan generasi muda sekarang. Seterusnya kursus-kursus ini dapat membantu kesusasteraan Melayu berkembang dan mantap seiring dengan bidang-bidang yang lain. Daripada kajian ini didapati kursus-kursus kesusasteraan bersifat semasa dan komunikasi perlu diperluaskan kerana kursus-kursus seperti ini memberi nilai tambah seperti kemahiran penyuntingan karya dan kemahiran multimedia. Selain itu juga kursus-kursus seperti ini juga dapat memberi suntikan baru kepada karya sastera, iaitu penyebarannya lebih meluas dan dipersembahkan dalam bentuk yang menarik selari dengan matlamat menjadikan kesusasteraan Melayu “menyusur akar mencecah awan.”

Item Type:Article
Keywords:Kesusasteraan Melayu; Kursus Kesusasteraan Melayu; Penyuntingan sastera; Pengajaran e-sastera; Sastera komersial
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:10401
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2017 01:17
Last Modified:23 May 2017 01:07

Repository Staff Only: item control page