Tun Seri Lanang: dari Istana Batu Sawar ke Naggaroe Acheh Darussalam

Johari Talib, and Maharam Mamat, and Maznah Ibrahim, (2017) Tun Seri Lanang: dari Istana Batu Sawar ke Naggaroe Acheh Darussalam. Jurnal Melayu, 16 (1). pp. 32-47. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
210kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/935

Abstract

Tun Seri Lanang adalah seorang ahli politik dan pujangga ternama yang berasal dari istana Johor di Batu Sawar. Pada tahun 1613, Tun Seri Lanang telah di tawan oleh bala tentera Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Acheh, kemudian dibawa ke Acheh bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III dan adindanya Raja Abdullah. Sumber sejarah di Tanah Melayu menganggap Tun Seri Lanang meninggal dunia di Acheh. Peranannya selepas ditawan dan dibawa ke Acheh tidak banyak diperkatakan. Sungguh pun begitu, sumber-sumber sejarah dari Acheh menunjukkan bahawa Tun Seri Lanang tidak dipenjarakan atau meninggal dunia di dalam penjara, sebaliknya beliau telah dilantik menjadi Raja Samarlanga. Beliau juga dilantik menjadi penasihat kepada paduka Sultan Mahkota Alam dan dua orang penggantinya. Beliau mungkin telah diselamatkan atas pengaruh Raja Puteri Kamaliah, iaitu puteri Pahang yang telah dikahwini Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang kemudiannya menjadi permaisuri Acheh. Artikel ini merupakan laporan penyelidikan mengenai kehidupan dan sumbangan Tun Seri Lanang semasa di Acheh. Pada masa ini Tun Seri Lanang menjadi tokoh kepada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Naggaroe Acheh Darussalam.

Item Type:Article
Keywords:Tun Sri Lanang; Sejarah Acheh; Melaka; Melayu-Kling; Batu Sawar
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:10402
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2017 01:21
Last Modified:23 May 2017 01:09

Repository Staff Only: item control page