Keadilan teras kepimpinan raja-raja Melayu: dari era tradisi ke kontemporari

Mohd Norizam Jamian, and Mohd Yuszaidy Yusoff, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, and Yusmilayati Yunos, (2017) Keadilan teras kepimpinan raja-raja Melayu: dari era tradisi ke kontemporari. Jurnal Melayu, 16 (1). pp. 62-81. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
261kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/935

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai konsep keadilan dalam kepimpinan raja-raja Melayu yang menjadi fokus pembicaraan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional. Hal ini menjadikan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional amat penting sebagai wadah pembentukan peradaban manusia bagi melahirkan pemimpin yang adil dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah dan sekali gus hamba-Nya di muka bumi. Bagi menganalisis konsep keadilan raja-raja Melayu semasa era tradisi, data kajian melibatkan karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional yang dihasilkan atau disalin dari abad ke-15 hingga ke-19. Antara lain karyakarya tersebut meliputi Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Kitab Nasihat Raja-Raja, dan Thamarat al-Muhimmah. Analisis konsep keadilan raja-raja Melayu dalam era kontemporari pula bersumberkan Perlembagaan Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2001). Hasil kajian membuktikan bahawa karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional berperanan sebagai penanam adab bagi melahirkan pemimpin yang adil, yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta ukhrawi dan duniawi. Karya-karya ketatanegaraan Melayu tradisional menjadi panduan kepada khalayak menjalin hubungan dengan Tuhan selaku Pencipta (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) di samping menjelaskan status peranan bagi setiap manusia di dunia - sebagai khalifah Allah dan pada masa yang sama selaku hamba-Nya. Prinsip keadilan ini diteruskan oleh raja-raja Melayu dalam era kontemporari.

Item Type:Article
Keywords:Keadilan; Ketatanegaraan; Pemimpin; Tradisi, Kontemporari
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:10404
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2017 01:29
Last Modified:23 May 2017 01:11

Repository Staff Only: item control page