Keberkesanan teknik membaca SQ3R dalam pengajaran kefahaman membaca di sekolah menengah

Wan Dyarudin Wan Mustappa, (2017) Keberkesanan teknik membaca SQ3R dalam pengajaran kefahaman membaca di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 1-10. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
333kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah SQ3R dalam pengajaran membaca untuk tujuan pemahaman. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen dengan menggunakan teknik SQ3R bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kaedah konvensional untuk kumpulan kawalan. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah yang melibatkan sampel kajian seramai 50 orang pelajar tingkatan satu yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen seramai 25 orang pelajar dan kumpulan kawalan seramai 25 orang pelajar. Ujian-t diguna untuk pengujian hipotesis yang dibina. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah SQ3R dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional pencapaian keseluruhan kefahaman membaca pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pengajaran membaca menggunakan teknik SQ3R mampu memberikan kefahaman membaca dengan lebih berkesan kepada pelajar tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Teknik membaca; Pengajaran kefahaman; Kemahiran membaca; Sekolah menengah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10408
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2017 04:43
Last Modified:29 May 2017 00:44

Repository Staff Only: item control page