Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran bahasa Melayu

Bhavani Somasundram, and Zamri Mahamod, (2017) Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 11-23. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
521kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan motivasi murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di daerah Petaling Perdana, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kuasi eksperimen yang terdiri daripada dua kumpulan responden yang masing-masing terdiri daripada 30 orang murid daripada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.Borang kaji selidik digunakan bagi mendapatkan data untuk motivasi dan persepsi murid mengenai pembelajaran koperatif.Ujian pra untuk menguji pencapaian murid sebelum rawatan diberikan dan ujian pos untuk menguji keberkesanan rawatan yang diberikan. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi pencapaian murid dalam ujian pra untuk kumpulan eksperimen (min = 3.716) dan kumpulan kawalan (min = 3.350) berada pada tahap yang sederhana tinggi. Bagi ujian pasca bagi kumpulan eksperimen (min = 4.600) menunjukkan pada tahap yang tinggi, manakala kumpulan kawalan (min = 2.916) berada pada tahap yang sederhana rendah. Bagi motivasi murid setelah ujian pos, purata min kumpulan eksperimen (min = 3.541) dan kumpulan kawalan (min = 3.476) berada pada tahap sederhana tinggi. Motivasi murid menunjukkan perbezaan min yang signifikan terhadap Bahasa Melayu antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional.Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa persepsi murid kumpulan eksperimen terhadap pembelajaran koperatif berada pada tahap yang sederhana tinggi (min = 3.326). Murid-murid memberikan respons yang positif terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif di sekolah. Dengan kata lain, pendekatan koperatif dapat meningkatkan pencapaian dan motivasi murid di samping membantu guru menjalankan pengajaran koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran koperatif; Pencapaian murid; Motivasi murid; Pembelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10409
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2017 04:46
Last Modified:29 May 2017 00:45

Repository Staff Only: item control page