Khairul Nizam Mohamed Zuki, and Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, (2017) Sikap dan motivasi murid Bajau dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 24-33. ISSN 2180-4842
|
PDF
499kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi yang dimiliki oleh murid-murid Bajau sekolah rendah pedalaman yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid Bajau berdasarkan jantina dalam mempelajari bahasa Melayu. Seramai 56 orang murid Bajau tahun 4, 5, dan 6 dari 3 buah sekolah rendah pedalaman di daerah Beluran dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data adalah soal selidik yang mengandungi 36 item dan terbahagi kepada dua konstruk iaitu sikap dan motivasi. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Bajau sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid lelaki dengan murid perempuan yang mempelajari bahasa Melayu. Kesimpulannya, murid-murid Bajau menunjukkan sikap yang positif serta motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sikap; Motivasi; Etnik, Bahasa Melayu, Bahasa kedua |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 10410 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 May 2017 04:56 |
Last Modified: | 29 May 2017 00:47 |
Repository Staff Only: item control page