Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam

Zamri Mahamod, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Mohd. Mahzan Awang, and Chew, Fong Peng (2017) Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 34-43. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
547kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap jati diri Bahasa Melayu dalam kalangan 1000 orang pelajar aliran pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Secara khsusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu pelajar aliran pendidikan tersebut. Setiap Universiti Awam diambil 200 orang sebagai responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah yang sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan UTM. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Instrumen dibangunkan oleh pengkaji yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpecayaan yang tinggi, iaitu 0.75. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar aliran pendidikan Universiti Awam secara amnya tetap kekalkan jati diri bahasa Melayu mereka. Tahap penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berada pada tahap masih kekal jati diri. Pelajar UM paling kurang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berbanding pelajar Universiti awam yang lain. Pelajar USM pula merupakan pelajar yang paling tinggi tahap jati diri Bahasa Melayu dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini adalah penekanan kepada penguasaan lisan dan tulisan bahasa Inggeris sedikit oleh pihak universiti sedikit sebanyak mempengaruhi tahap jati diri Bahasa Melayu dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam ini.

Item Type:Article
Keywords:Pemahaman; Penghayatan; Pengamalan; Jati diri; Aliran pendidikan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10411
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2017 05:02
Last Modified:29 May 2017 00:52

Repository Staff Only: item control page