Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6

Anthony Aloysius Akup, and Yahya Othman, (2017) Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 44-55. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
508kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam penguasaan kemahiran menulis esei tidak berformat Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Pendekatan secara kuantitatif digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menggunakan kajian kuasi eksperimen yang dijalankan selama lima kali rawatan terhadap pelajar tingkatan 6 di salah sebuah sekolah menengah di Bahagian Mukah, Sarawak. Pembahagian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dilakukan mengikut kelas yang sedia ada. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 20 orang pelajar, dan begitu juga dengan kumpulan kawalan. Data diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ujian-t bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penulisan esei tidak berformat bagi ujian pra antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Selepas rawatan dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei bagi ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Perbezaan yang signifikan juga wujud bagi tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei tidak berformat bagi aspek kerelevanan antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Demikian juga wujud perbezaan yang signifikan bagi aspek pengolahan bagi kumpulan eksperimen antara ujian pra dan ujian pasca. Skor min ujian pasca lebih tinggi berbanding ujian pra bagi kedua-dua aspek tersebut. Perbezaan yang signifikan juga wujud antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi aspek kerelevanan dan pengolah dalam ujian pasca. Skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan esei tidak berformat dalam kalangan pelajar tingkatan 6.

Item Type:Article
Keywords:Peta pemikiran; Kemahiran menulis; Menulis esei; Bahasa Melayu; Pelajar tingkatan 6
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10412
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2017 06:37
Last Modified:29 May 2017 00:55

Repository Staff Only: item control page