Kompetensi guru bahasa Melayu dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran

Hasnah Isnon, and Jamaludin Badusah, (2017) Kompetensi guru bahasa Melayu dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 56-66. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
584kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian tinjauan dijalankan bagi mengenal pasti tahap kompetensi guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan penerapan pemikiran aras tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. 118 orang guru Bahasa Melayu dari 13 buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi responden kajian. Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistic Package for Science Social (SPSS) versi 22.0. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat nilai purata min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi menentukan profil demografi kajian dan menentukan tahap kompetensi guru-guru Bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru dari aspek pemahaman (min3.60) dan aspek pengetahuan (min3.35) berada pada tahap sederhana, manakala sikap guru-guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi (min 3.61) dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi. Dari segi kemahiran bahasa, kesemua kemahiran menunjukkan penerapan kemahiran aras tinggi yang tinggi (kemahiran dengar tutur min3.86, kemahiran bacaan min 3.83 dan kemahiran tulisan min3.75). Hasil kajian menunjukkan bahawa pemahaman dan pengetahuan guru perlu ditingkatkan. Hasil kajian ini dapat memberi input bermanfaat mengenai tahap kompetensi guru-guru Bahasa Melayu dalam penerapan pemikiran aras tinggi di Putrajaya.

Item Type:Article
Keywords:Kompetensi; Penerapan kemahiran berfikir; Kemahiran berfikir aras tinggi; Pengajaran dan pembelajaran bahasa; Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10413
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2017 06:42
Last Modified:29 May 2017 00:59

Repository Staff Only: item control page