Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu

Mohd Asnorhisham Adam, and Abdul Rahim Bin Hamdan, (2017) Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 66-73. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
506kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan, penguasaan, dan keberkesanan pendekatan pengajaran secara berkumpulan oleh Guru Pemulihan Khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada guru-guru pemulihan yang mengajar Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubah suai daripada penyelidikpenyelidik lepas. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/analisis kesahihan. Darjah kebolehpercayaan (alfa Cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah0.707. Kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 20.0 berbentuk statistik deskriptif, iaitu peratusan, kekerapan dan min serta statistik inferensi, iaitu ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan, penguasaan, keberkesanan pengajaran secara berkumpulan oleh guru pemulihan khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu beradapada tahap yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan pengajaran secara berkumpulan; Guru pemulihan khas; Program Pemulihan Khas; Mata pelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10414
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2017 06:46
Last Modified:29 May 2017 01:01

Repository Staff Only: item control page