Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban

Dayang Sufilkawany Ujai, and Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, (2017) Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (1). pp. 74-84. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
503kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bukan merupakan proses yang mudah tambahan lagi bagi murid-murid yang jarang bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Persekitaran yang kurang memberangsangkan mengakibatkan kesukaran kepada murid-murid tersebut menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pengaruh faktor sosial yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua muridmurid Iban. Kajian tinjauan dijalankan secara kuantitatif yang melibatkan seramai 225 orang murid Iban tahap 2 di sekolah-sekolah rendah pedalaman 3 di daerah Kapit. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mempunyai 42 item secara keseluruhannya yang merangkumi lima aspek sosial, iaitu rakan-rakan, keluarga, persekitaran, motivasi dan sikap. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor sosial dominan yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ialah faktor motivasi, sikap dan persekitaran. Justeru, guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira aspek sosial motivasi, sikap dan persekitaran dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, selain faktor sosial rakan sebaya dan keluarga, terutamanya yang mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada murid-murid bukan bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Pengaruh sosial; Faktor sosial; Pembelajaran Bahasa Melayu; Murid Iban; Pembelajaran bahasa kedua
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:10415
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2017 07:12
Last Modified:29 May 2017 01:03

Repository Staff Only: item control page