Kualiti ilmu berasaskan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam penyebaran ilmu Islam: perbincangan berasaskan kajian kualitatif

Zanaton Hj. Iksan, and Salasiah Hanin Hamjah, and Tengku Intan Zarina Tengku Puji, and Mohd Noor Saper, (2016) Kualiti ilmu berasaskan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam penyebaran ilmu Islam: perbincangan berasaskan kajian kualitatif. Jurnal Hadhari, 8 (1). pp. 13-30. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
900kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/803

Abstract

Dalam kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif, data yang diperoleh perlu diyakini dan benar agar hasil dapatan kajian boleh dipercayai dan tidak dipertikaikan kesahihannya. Kajian kualitatif mengariskan beberapa proses untuk mempastikan data yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Proses ini sememangnya telah dilalui dan dilakukan oleh para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan ulama dalam proses mengumpul dan menyebarkan ilmu Islam, malah proses yang dilalui jauh lebih terperinci dan sistematik untuk mempastikan kesahihan ilmu sejak zaman Rasulullah. Justeru, penulisan ini membincangkan proses kesahihan ilmu dalam pengumpulan dan penyebaran ilmu Islam yang terbukti kebenarannya yang sebahagiannya dilakukan dalam proses pengumpulan data melalui kaedah kualitatif bagi memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan suatu kajian. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada enam jenis proses bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif iaitu triangulasi, tempoh kajian yang lama (prolonged engagement), persetujuan peserta kajian (member checking), penelitian rakan sebaya (peer review), jejak audit (audit trail) dan bias pengkaji (researcher’s bias). Kesimpulannya, perbincangan ini mengupas bagaimana para ilmuan Islam amat menitikberatkan kesahihan ilmu yang disampaikan sehingga ilmu itu boleh dipercayai dan diyakini untuk manjadi amalan yang diterima sehingga ke hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Kesahihan; Kebolehpercayaan; Ilmu Islam; Trangulasi; Tempoh kajian yang lama
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10417
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2017 01:59
Last Modified:02 Jun 2017 13:50

Repository Staff Only: item control page