Masjid dan aplikasi pendekatan dakwah terhadap masyarakat multi etnik di Malaysia

Mariam Abd. Majid, and Marlon Pontino Guleng, (2016) Masjid dan aplikasi pendekatan dakwah terhadap masyarakat multi etnik di Malaysia. Jurnal Hadhari, 8 (1). pp. 31-48. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
759kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/803

Abstract

Peranan institusi masjid di Malaysia seharusnya diperluaskan dalam menjalankan aktiviti sosial seperti dakwah kepada masyarakat multi etnik. Tuntutan dakwah di Malaysia sebagai negara multi etnik seharusnya dipergiatkan lebih-lebih lagi jika melihat kepada jumlah masyarakat bukan Islam yang mencecah sebanyak 39% daripada keseluruhan penduduk di negara ini. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan peranan masjid dalam mengaplikasi pendekatan dakwah yang signifikan terhadap masyarakat multi etnik di Malaysia. Makalah ini turut mengemukakan mediummedium dakwah yang boleh digunakan masa kini dalam usaha dakwah oleh institusi masjid terhadap masyarakat yang berbilang kaum. Metodologi kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan menganalisis dokumen untuk mendapatkan data premier. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa pendekatan dakwah dan medium dakwah yang relevan digunakan oleh institusi masjid sebagai alat dakwah kepada masyarakat multi etnik seperti di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Peranan masjid; Pendekatan dakwah; Medium dakwah; Masyarakat multi etnik
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10418
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2017 02:03
Last Modified:02 Jun 2017 13:51

Repository Staff Only: item control page