Implimentasi elemen motivasi intrinsik terhadap pembangunan diri remaja di Pusat Motivasi Alihan Pelajar (MAP): analisis dari perspektif Islam

Nur Shahidah Paad, and Yusmini Yusoff, and Norrodzoh Siren, (2016) Implimentasi elemen motivasi intrinsik terhadap pembangunan diri remaja di Pusat Motivasi Alihan Pelajar (MAP): analisis dari perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 8 (1). pp. 49-64. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
15MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/803

Abstract

Remaja adalah generasi penting kepada masa depan negara. Walau bagaimanapun, dalam menelusuri cabaran era globalisasi kini, negara amat memerlukan remaja yang membangun secara holistik dari aspek spiritual, emosi, intelek, sosial dan fizikal. Motivasi intrinsik yang sejajar dengan tuntutan Islam menjadi keperluan penting kepada remaja untuk mendepani cabaran tersebut. Dalam hal ini, pendidikan sepanjang hayat menerusi program motivasi bermodul adalah salah satu pendekatan yang berperanan membentuk motivasi remaja dalam ruang lingkup agama. Namun, sejauhmana peranan tersebut digalas dengan baik masih kurang dibincangkan. Sehubungan itu, makalah ini akan mengupas elemen motivasi intrinsik dalam modul pembangunan diri yang telah digunapakai oleh Pusat Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Sebagai satu pusat motivasi yang berkonsep Islam, MAP telah bertanggungjawab memastikan konsistensi penggunaan modul pembangunan diri selama lebih dari lima belas tahun untuk membangunkan motivasi cemerlang dalam kalangan remaja muslim. Dengan menggunakan metode analisis kandungan modul, temubual dan pemerhatian turut serta, setiap elemen motivasi intrinsik dikupas daripada modul tersebut menurut perspektif Islam. Berdasarkan dapatan analisis, beberapa tema telah dikenalpasti daripada kesemua sebelas slot yang dimuatkan dalam modul tersebut iaitu pembangunan potensi diri, matlamat hidup, keupayaan menilai dan membuat keputusan berdasarkan sunnatullah dan syariatullah serta pengantungan kepada Allah. Kesemua tema ini didapati telah menerapkan keempat-empat elemen motivasi intrinsik daripada perspektif Islam iaitu niat, al-Thabat, iltizam dan penghayatan serta elemen al-'Afaf. Oleh yang demikian, paradigma yang digunakan di dalam modul ini boleh menjadi rujukan kepada semua pihak yang bertanggungjawab untuk membentuk pembangunan diri remaja yang lebih holistik.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi intrinsik; Perspektif Islam; Remaja; Modul Pembangunan Diri dan Motivasi Alihan Pelajar (MAP)
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10419
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2017 03:09
Last Modified:02 Jun 2017 13:54

Repository Staff Only: item control page