Perkaitan akulturasi budaya dan hubungan antara agama: kajian terhadap komuniti Cina pra konversi di Negeri Terengganu

Azarudin Awang, and Khadijah Mohd Khambali@Hambali, (2016) Perkaitan akulturasi budaya dan hubungan antara agama: kajian terhadap komuniti Cina pra konversi di Negeri Terengganu. Jurnal Hadhari, 8 (1). pp. 85-102. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
727kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/803

Abstract

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Perihal ini boleh ditemui dalam kehidupan masyarakat minoriti Cina di negeri Terengganu. Proses akulturasi yang mengambil masa yang lama mencerminkan bahawa hubungan masyarakat minoriti Cina dan majoriti Melayu telah terjalin dengan utuh. Ini menjadikan kelompok Cina di negeri Terengganu agak berbeza dengan masyarakat Cina di negeri lain. Proses akulturasi mendedahkan masyarakat Cina terhadap norma-norma kehidupan masyarakat Melayu yang mengandungi unsur keagamaan Islam. Kajian deskriptif ini bertujuan melihat penerimaan masyarakat Cina terhadap penglibatan kalangan ahli keluarga pra konversi terhadap budaya masyarakat Melayu. Metodologi yang digunakan bagi mengukur kajian ini ialah melalui kaedah kualitatif dengan temu bual ke atas 10 orang masyarakat Cina Terengganu yang telah memeluk Islam. Pengalaman hidup mereka sebelum Islam yang melibatkan hubungan antara agama dengan masyarakat setempat. Bagi mengukuhkan kajian yang dilakukan, temu bual ke atas empat orang pemimpin agama dan pengerusi badan NGO saudara baru turut dilakukan. Dapatan menunjukkan bahawa wujud tiga trend hubungan agama tanpa disengajakan masyarakat Cina pra konversi dalam memahami agama Islam iaitu menghindarkan diri daripada melibatkan aktiviti, penglibatan secara berhatihati dan hubungan yang tidak ambil peduli. Mengambil kira pentingnya hubungan antara agama dalam kalangan masyarakat awam, budaya toleransi perlu disuburkan dalam kehidupan. Sekiranya manusia gagal menghormati norma dan nilai budaya, bagaimana masyarakat berbilang agama merasai kehidupan yang rukun dan aman damai.

Item Type:Article
Keywords:Akulturasi; Budaya; Agama; Cina; Pra konversi
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10421
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2017 03:56
Last Modified:02 Jun 2017 14:03

Repository Staff Only: item control page