Peranan qira’at dalam pentafsiran al-Quran

Izuli Dzulkifli, and Adibah Bahori, (2016) Peranan qira’at dalam pentafsiran al-Quran. Jurnal Hadhari, 8 (1). pp. 103-111. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
919kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/803

Abstract

Qira’at adalah kepelbagaian menyebut bacaan al-Quran. Ia bertujuan untuk kemudahan umat Islam untuk membaca al-Quran melalui bacaan yang dibenarkan berpandukan Qira’at Mutāwatirah. Selain berperanan sebagai kemudahan bacaan al-Quran, ia berperanan dalam pentafsiran al-Quran sehingga menghasilkan pelbagai tafsiran dan hukum-hukum yang berbeza. Selain itu, Qira’at Shādhdhah juga berperanan dalam pentafsiran al-Quran meskipun tidak diterima dalam pembacaan al-Quran. Makalah ini berdasarkan kajian yang bertujuan menjelaskan peranan Qira’at dalam pentafsiran al-Quran dan mengkaji bagaimana pentafsir mengeluarkan hukum-hukum yang berbeza melalui kepelbagaian Qira’at. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan serta analisis tematik dengan merujuk beberapa kitab tafsir dan Qira’at yang utama. Hasilnya mendapati peranan Qira’at dalam pentafsiran al-Quran sangat penting sehinggakan pentafsir terdahulu hingga sekarang meriwayatkan Qira’at Mutāwatirah dan Shādhdhah dalam kitab tafsir mereka. Melalui kepelbagaian Qira’at, pentafsir dapat menghuraikan makna sesebuah ayat serta mengeluarkan hukum-hukum yang berbeza sebagai hukum syarak bagi umat Islam. Peranan Qira’at dalam pentafsiran juga membantu untuk menerangkan maksud ayat yang samar ataupun yang kurang difahami serta berlainan dengan maksud pada zahir ayat.

Item Type:Article
Keywords:Peranan Qira’at; Qira’at Mutāwatirah; Qira’at Shādhdhah; Tafsir al-Quran
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10422
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2017 04:02
Last Modified:02 Jun 2017 14:02

Repository Staff Only: item control page