Remaja bercinta: kajian terhadap tiga jenis sekolah menengah kebangsaan, agama dan agama swasta

Zulaiha Ali Othman, and Roslan Ahmad, and Umi Nadzrah Ali Othman, and Zurina Muda, (2016) Remaja bercinta: kajian terhadap tiga jenis sekolah menengah kebangsaan, agama dan agama swasta. Jurnal Hadhari, 8 (1). pp. 187-210. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
770kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/803

Abstract

Remaja bercinta adalah fenomena percintaan antara dua pasangan berlainan jantina di alam persekolahan. Fenomena remaja bercinta yang tidak terkawal boleh membawa kepada permasalahan gejala sosial remaja seperti lari rumah, buang anak, keruntuhan akhlak, dan lemah dalam pelajaran. Kebanyakan kehidupan zaman remaja dihabiskan di alam persekolahan. Di samping peranan ibu bapa, sekolah adalah tempat yang penting untuk memberi pendidikan berkesan terhadap remaja. Selain daripada memberi penekanan terhadap akademik, sekolah juga bertanggungjawab memberi pendidikan tentang isu percintaan dalam kalangan remaja, agar mereka memahami hakikat bercinta. Oleh itu kajian dilakukan terhadap tiga jenis sekolah menengah; sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah agama dan sekolah menengah agama persendirian bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana remaja bercinta, faktor remaja bercinta dan hubungannya terhadap pencapaian akademik. Sebanyak 431 soal selidik telah diterima dari 6 buah sekolah, 2 sekolah mewakili setiap jenis sekolah. Tiga jenis sekolah ini mempunyai persamaan dari aspek kandungan pembelajaran akademik, persekitaran fizikal seperti kemudahan, sekolah jenis campuran jantina dan guru yang bertauliah. Manakala ia mempunyai perbezaan dari perlaksanaan pendidikan, aktiviti kerohanian dan suasana sekolah yang diwujudkan oleh pihak pengurusan. Hasil dapatan mendapati sekolah menengah agama swasta mempunyai paling kurang peratusan remaja bercinta (<10%) berbanding sekolah menengah agama (50%) dan sekolah menengah kebangsaan (80%). Hasil kajian juga mendapati bahawa remaja bercinta tidak memberi pengaruh terhadap akademik mereka. Kelima-lima faktor seperti diri, rakan, keluarga, media dan internet dikenalpasti mempengaruhi remaja bercinta, bagaimanapun kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara pada jenis sekolah. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan pendidikan, jenis aktiviti kerohanian dan suasana sekolah sangat mempengaruhi sikap remaja dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada remaja akan hakikat bercinta yang sebenar dan seterusnya menghindarkan mereka terjebak cinta dalam zaman remaja.

Item Type:Article
Keywords:Remaja bercinta; Pendidikan sekolah; Gejala sosial
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:10427
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2017 06:24
Last Modified:02 Jun 2017 13:56

Repository Staff Only: item control page