Pembentukan cekung berkualiti tinggi menggunakan tempoh penganodan yang singkat bagi penghasilan AAO

N.U. Saidin, and M.H.H. Jumali, and Kok, K.Y. and Ng, I.K. (2016) Pembentukan cekung berkualiti tinggi menggunakan tempoh penganodan yang singkat bagi penghasilan AAO. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1787-1794. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...

Abstract

Kualiti membran AAO yang disediakan melalui teknik penganodan dua peringkat adalah sangat dipengaruhi oleh pra-pembentukan cekung yang dihasilkan semasa penganodan pertama. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tempoh penganodan yang optimum bagi menghasilkan cekung yang berkualiti. Penganodan dilakukan menggunakan larutan 0.3 M H2C2O4 sebagai elektrolit dengan beza keupayaan dan suhu masing-masing ditetapkan pada 40 V dan 18°C. Proses penganodan dilakukan sehingga 6 jam. Perubahan nilai arus sepanjang tempoh penganodan direkodkan. Selepas penyingkiran lapisan oksida, kualiti cekung yang terbentuk dikaji menggunakan FESEM. Mikrograf FESEM mengesahkan pembentukan cekung berstruktur heksagon adalah seragam. Selain memperbaiki keseragaman, pertambahan tempoh penganodan telah membentuk cekung yang lebih jelas, tersusun serta kecacatan yang minimum. Keputusan kajian mendapati bahawa tempoh optimum bagi mendapatkan cekung yang seragam dan sempurna adalah antara 4 dan 6 jam. Ini kerana pertambahan tempoh penganodan seterusnya akan menyebabkan keruntuhan dinding cekung yang akhirnya menjadi punca kepada pembentukan liang yang bersentuhan antara satu sama lain. Selain itu, mekanisma penghasilan bentuk cekung turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:AAO; Cekung; Heksagon; Pra-pembentukan; Seragam
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10429
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2017 01:20
Last Modified:12 Jun 2017 15:25

Repository Staff Only: item control page