Peningkatan kesensitifan sensor Al(III) optik dengan menggunakan manik terkandung polime

Faiz Bukhari Mohd Suah, and Musa Ahmad, and Lee, Yook Heng (2016) Peningkatan kesensitifan sensor Al(III) optik dengan menggunakan manik terkandung polime. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1795-1805. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
849kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...

Abstract

Sensor Al(III) optik berasaskan prinsip pengukuran pantulan dengan menggunakan manik polimer terkandung polimer (PIMs) terpegun telah dibangunkan. Manik PIMs terpegun yang disediakan dalam kajian ini mengandungi manik poli(vinil klorida) (PVC), Aliquat 336, diositil pthalat (DOP) dan reagen eriokrom sianin R (ESR). Sensor yang menggunakan manik PIMs terpegun ini menunjukkan rangsangan yang lebih tinggi berbanding dengan sensor yang tidak menggunakan manik PIMs. Masa rangsangan sensor pula ditetapkan selepas 3 min dengan nilai pH optimum 6.0. Sensor Al(III) optik ini memberikan rangsangan linear pada julat 5.56×10-5 - 3.52×10-4 molL-1, dengan nilai had pengesanan terendah (LOD) yang dikira ialah 3.41×10-5 molL-1. Kajian validasi nilai ion Al(III) bagi beberapa sampel air semula jadi yang ditambah dengan ion Al(III) menggunakan sensor Al(III) optik yang dibangunkan dalam kajian ini, menunjukkan tiada perbezaan secara signifikan pada nilai ion Al(III) yang diperoleh apabila dibandingkan dengan keputusan yang diperoleh menggunakan spektrofotometer serapan atom konvensional.

Item Type:Article
Keywords:Aliquat 336; Eriokrom sianin R; Manik terkandung polimer; Penentuan Al(III); Sensor Al(III) optik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10430
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2017 01:26
Last Modified:12 Jun 2017 08:12

Repository Staff Only: item control page