Tindakan minyak kelapa dara terhadap tulang osteoporosis pascamenopaus: analisis gen Osteoblastogenesis dan antioksidan

Shidqiyyah Abdul-Hamid, and Norliza Muhammad, and Isa Naina Mohamed, (2016) Tindakan minyak kelapa dara terhadap tulang osteoporosis pascamenopaus: analisis gen Osteoblastogenesis dan antioksidan. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1815-1822. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
370kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...

Abstract

Osteoporosis pascamenopaus merupakan salah satu masalah kesihatan utama yang melanda kaum wanita berumur. Ia disebabkan oleh beberapa faktor termasuk tekanan oksidatif, yang dipercayai dapat dikawal melalui pengambilan antioksidan daripada sumber makanan. Minyak kelapa dara (VCO) merupakan salah satu hasil semula jadi yang kaya dengan antioksidan dan telah dibuktikan mampu memelihara tulang yang mengalami osteoporosis. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang aktiviti minyak kelapa dara terhadap osteoporosis pada peringkat molekular. Tiga puluh dua ekor tikus betina Sprague-Dawley dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu kumpulan pembedahan Sham, kawalan terovariektomi (Ovx+Ctrl), kumpulan terovariektomi dengan rawatan VCO (Ovx+VCO) dan kumpulan terovariektomi dengan rawatan estrogen (Ovx+E). Kesemua rawatan diberikan melalui oral selama sepuluh minggu. Sampel tulang femur tikus diambil untuk mengkaji perubahan pada ekspresi gen superoksida dismutase (SOD), glutation peroksidase (GPX), osteokalsin dan transkripsi faktor 2 berkaitan run (Runx2). Hasil kajian mendapati bahawa tikus yang menerima rawatan VCO mengalami peningkatan yang signifikan pada ekspresi gen SOD, GPX dan osteokalsin berbanding kumpulan kawalan terovariektomi, disamping ekspresi gen Runx2 yang turut menunjukkan pola peningkatan. Secara kesimpulannya, VCO membantu memelihara tulang pada tikus model osteoporosis melalui tindakannya meningkatkan ekspresi gen antioksidan serta gen yang menigkatkan aktiviti sel osteoblas.

Item Type:Article
Keywords:Minyak kelapa dara; Model tikus terovariektomi; Osteoporosis; Pascamenopaus
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10432
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2017 01:35
Last Modified:12 Jun 2017 08:19

Repository Staff Only: item control page