Perlindungan biokakisan keluli karbon akibat bakteria penurun sulfat yang dipencil daripada minyak mentah tropika

Mohd Nazri Idris, and Abdul Razak Daud, and Nurakma Mahat, and Fathul Karim Sahrani, and Norinsan Kamil Othman, (2016) Perlindungan biokakisan keluli karbon akibat bakteria penurun sulfat yang dipencil daripada minyak mentah tropika. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1835-1841. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...

Abstract

Ancaman biokakisan akibat aktiviti bakteria penurun sulfat (SRB) pada saluran paip keluli karbon dalam industri petroleum boleh menjejaskan kelancaran aliran pengangkutan minyak mentah dan meningkatkan kos pengoperasian. Usaha bagi melindungi keluli karbon serta pengawalan SRB masih memerlukan kajian yang berterusan. Dalam kajian ini, keberkesanan tetrametilamonium bromida (TMB), karboksimetil trimetilamonium (BTN) dan benzalkonium klorida (BKC) bagi melindungi keluli karbon di dalam persekitaran yang mengandungi SRB diuji melalui kaedah pengutuban elektrokimia dinamik (PED) dan morfologi keluli karbon dianalisis menggunakan mikroskop elektron imbasan. Analisis PED mendapati penggunaan TMB, BTN dan BKC masing-masing berupaya mengurangkan kadar kakisan sehingga 0.13, 0.56 dan 0.17 mm/thn berbanding 8.91 mm/thn pada larutan kawalan yang mengandungi SRB. Morfologi permukaan biofilem mengesahkan kadar pertumbuhan SRB serta hasilan metabolisme bakteria ini turut mengalami penyusutan. Kajian ini menunjukkan dua mekanisme kawalan kakisan didapati berlaku iaitu mekanisme perencatan kakisan melalui penjerapan sebatian amonium kuaterner pada permukaan keluli karbon serta berlakunya proses tindak balas mitigasi sebatian ini dengan bakteria SRB. Kesimpulannya, TMB, BTN dan BKC didapati berupaya melindungi keluli karbon daripada mengalami kakisan akibat aktiviti SRB.

Item Type:Article
Keywords:Bakteria penurun sulfat; Biokakisan; Keluli karbon
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10434
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2017 02:03
Last Modified:12 Jun 2017 07:43

Repository Staff Only: item control page