Sintesis dan pencirian poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester) yang dibentuk daripada heksilamina linear dan siklik sebagai misel polimer

Wong, Jia-Chi and Chia, Chin-Hua and Chin, Swee-Yin and Khiew, Poi-Sim and Sarani Zakaria, (2016) Sintesis dan pencirian poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester) yang dibentuk daripada heksilamina linear dan siklik sebagai misel polimer. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1849-1855. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
761kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...

Abstract

Poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester) (MPEG-PbAE) telah disintesis dengan menggunakan poli(etilena glikol) bermetoksi yang mempunyai kumpulan hujung berfungsi akrilat (MPEG-ac), 1,6-heksanadiol diakrilat, heksilamina linear (A) dan heksilamina siklik (B) sebagai bahan reaktan. Kopolimer MPEG-PbAE A dan B dijangka akan membentuk misel dengan MPEG berfungsi sebagai bahagian luar yang hidrofilik dan PbAE yang mempunyai kumpulan heksil berfungsi sebagai bahagian dalam yang hidrofobik. MPEG-ac selepas diubah suai dan kopolimer MPEG-PbAE A dan B selepas disintesis telah dicirikan. Spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FT-IR) dan spektroskopi resonans magnet nukleus jenis proton (1H-NMR) telah mengesahkan pengubahsuaian kumpulan hujung hidroksil di MPEG kepada kumpulan hujung akrilat. Didapati kopolimer A adalah lebih sesuai digunakan sebagai pembawa ubat berdasarkan perbandingan antara kopolimer A daripada heksilamina linear dan kopolimer B daripada heksilamina siklik. Kromatografi penelapan gel (GPC) menunjukkan bahawa nombor-purata berat molekul, Mn kopolimer A adalah 11216 dengan indeks kepoliserakan (PDI) 1.1925. Kepekatan misel kritikal (CMC) kopolimer A dalam larutan akueus pH7.4 adalah 84.6 mg/L. Purata saiz misel yang diperoleh daripada analisis penyerakan cahaya dinamik (DLS) adalah 26.25±0.149 nm.

Item Type:Article
Keywords:Heksilamina; Misel polimer; Poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester)
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10436
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2017 02:16
Last Modified:12 Jun 2017 15:22

Repository Staff Only: item control page