Mohd. Suhaimi Ahmad, and Muhammad Ridwan Fahmi, and Mustaqqim Abdul Rahim, and Naimah Ibrahim, (2016) Kesan gabungan aktiviti guna tanah dan perubahan musim terhadap kualiti sumber air: kajian kes di Terusan Utara, Kedah. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1857-1867. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...
Abstract
Suatu kajian untuk menilai kesan gabungan aktiviti guna tanah dan perubahan musim terhadap kualiti sumber air telah dijalankan di Terusan Utara, Kedah. Kajian ini dijalankan di lima stesen terpilih selama 12 bulan berdasarkan Indeks Kualiti Air (WQI) dan Piawaian Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS). Kajian mendapati kualiti air di Terusan Utara berada pada Kelas III dan berlaku peningkatan kualiti air dari hulu ke hilir. Hampir semua stesen berpotensi sebagai punca pencemaran berdasarkan aktiviti guna tanah terutamanya di Pelubang, Jitra serta Tunjang. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ketika perubahan musim pada DO, TSS serta BOD, namun tidak pada ammonia, pH dan COD. Secara amnya, kombinasi aktiviti guna tanah dan perubahan musim boleh mempengaruhi atau memberi kesan terhadap kualiti sumber air. Oleh itu, tindakan segera perlu dilakukan untuk mengawal punca pencemaran bagi memastikan kualiti sumber air di Terusan Utara kekal terpelihara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Guna tanah; INWQS; Perubahan musim; Sumber air; WQI |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 10437 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jun 2017 02:45 |
Last Modified: | 12 Jun 2017 07:58 |
Repository Staff Only: item control page