Kesan psikostres terhadap kerosakan DNA dan ketaknormalan titisan sitoplasma sperma manusia

Norhamizan Hashim, and Khairul Osman, and Siti Fatimah Ibrahim, and Rosliah Harun, and Rafeah Pakri Mohamed, (2016) Kesan psikostres terhadap kerosakan DNA dan ketaknormalan titisan sitoplasma sperma manusia. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1931-1938. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...

Abstract

Ketidaksuburan idiopati dalam kalangan lelaki telah dikaitkan dengan kesan psikostres. Walaupun begitu, hubungan langsung antara psikostres dan ketaknormalan kualiti semen masih samar. Maka, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan psikostres terhadap kualiti semen terutama kesan berdasarkan titisan sitoplasma dan kerosakan DNA sperma. Dalam kajian ini, responden lelaki berumur antara 25-45 tahun dipilih secara rawak dalam kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Kesuburan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Seramai 331 responden akhirnya telah dipilih daripada 628 responden selepas mengambil kira faktor penolakan. Setiap responden perlu menjawab borang keizinan dan soal selidik GHQ-12 bagi penentuan tahap stres sebelum pengambilan sampel semen mengikut piawaian WHO (2010). Tahap stres diukur berdasarkan keadaan semasa responden dalam tempoh 3-4 minggu sebelum kajian. Analisis semen, pewarnaan papanicolau dan asai komet neutral digunakan untuk penentuan kualiti semen dan kerosakan DNA sperma. Keputusan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara psikostres dan ketaknormalan titisan sitoplasma (U=895.50, p=0.08). Namun begitu, psikostres memberi kesan kepada peratus morfologi normal (U=6317.50, p<0.05) dan kerosakan DNA sperma (U=1047.00, p<0.01). Kesimpulannya, psikostres kronik boleh menjejaskan kualiti semen dan kerosakan DNA sperma serta mempengaruhi kesuburan.

Item Type:Article
Keywords:Kerosakan DNA sperma; Psikostres; Sperma manusia; Titisan sitoplasma sperma
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10445
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2017 04:15
Last Modified:12 Jun 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page