Ciri fizikokimia filem boleh makan dan filem polietilena bagi ubi keledek (Ipomoea batatas) goreng

Rizafizah Othaman, and Kausar Ahmad Fuad, and Farhan Mohd Nor, and Rozida Mohd Khalid, (2016) Ciri fizikokimia filem boleh makan dan filem polietilena bagi ubi keledek (Ipomoea batatas) goreng. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1939-1945. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...

Abstract

Penyelidikan dijalankan bagi menilai kesan penggunaan filem boleh makan dan filem polietilena (PE) sebagai bahan penyalut untuk ubi keledek (Ipomoea batatas) goreng. Kepingan ubi keledek disalut dengan lapisan filem boleh makan yang terdiri daripada 0.045 g/mL selulosa metil (MC), 0.045 g/mL selulosa hidroksipropil metil (HPMC) dan 0.16 g/mL jagung zein (CZ) sebelum digoreng di dalam minyak sawit pada suhu 170-180°C selama 3 min. Manakala ubi keledek juga disalut dengan filem tak boleh makan iaitu polietilena (PE) (nisbah PE kepada minyak 1:100 g/g) sebagai perbandingan. Ubi goreng tanpa salutan filem digunakan sebagai sampel kawalan. Ciri fizikokimia ubi goreng bersalut dianalisa. Keputusan menunjukkan semua filem melekat pada permukaan ubi setelah digoreng. Penggunaan filem CZ menjadikan permukaan filem licin dan wujud tanpa sebarang retakan. Filem MC pula memberi lapisan permukaan yang tidak rata tetapi menyaluti permukaan sampel dengan sekata. Tambahan pula, ubi bersalut MC menunjukkan peratusan lemak paling sedikit (13.6%) selain kandungan kelembapan yang paling tinggi (17.5%) berbanding sampel lain. Secara keseluruhan, MC merupakan filem yang terbaik untuk mengekalkan kelembapan bahan goreng dan mengurangkan penyerapan lemak.

Item Type:Article
Keywords:Hidroksipropil metil selulosa; Jagung zein; Polietilena; Selulosa metil; Ubi keledek
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10446
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2017 04:20
Last Modified:12 Jun 2017 08:18

Repository Staff Only: item control page