Yogeswaran Lokanathan, and Adura Mohd-Adnan, and Sheila Nathan, (2016) Perbandingan filogenetik protein antigen-I yang berpotensi sebagai calon diagnostik dan vaksin terhadap parasit cryptocaryon irritans. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1969-1979. ISSN 0126-6039
|
PDF
3MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...
Abstract
Protein antigen-i parasit ikan C. irritans berpotensi tinggi digunakan sebagai calon dalam pembangunan vaksin komersial terhadap C. irritans. Walau bagaimanapun, kewujudan variasi pada antigen-i serotip C. irritans yang berbeza mempengaruhi tahap perlindungan yang bakal diberikan terhadap varians C. irritans yang berbeza apabila antigen-i digunakan sebagai vaksin. Kajian ini dijalankan untuk membandingkan jujukan pelbagai antigen-i pencilan C. irritans di Malaysia berbanding antigen-i pencilan C. irritans yang pernah dilaporkan. Perbandingan filogenetik dijalankan untuk meramalkan potensi protein tersebut dalam usaha membangunkan calon serodiagnostik dan pemvaksinan terhadap pencilan C. irritans yang berlainan. Penjajaran jujukan berbilang bagi jujukan asid amino antigen-i dilakukan dengan perisian CLUSTALX dan analisis filogenetik antigen-i dilakukan menggunakan kaedah parsimoni maksimum (MP) dan kaedah Bayes. Sembilan transkrip unik (TU) C. irritans yang mempunyai padanan signifikan dengan antigen-i di pangkalan data protein NCBI didapati mempunyai peratus kesamaan antara 41% hingga 71%. Kedua-dua pohon MP dan Bayesian yang dijana menunjukkan varians antigen-i cn56 and cn57 terkelompok bersama dalam satu kumpulan manakala varians antigen-i yang lain terbahagi kepada dua kumpulan berasingan dan pengkelompokan ini disokong oleh kehadiran asid amino yang terpulihara dalam kumpulan masing-masing. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti varians antigen-i yang sesuai sebagai calon serodiagnosis dan juga dapat memberi perlindungan silang terhadap pelbagai pencilan C. irritans di serata dunia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Antigen-i; Cryptocaryon irritans; Konformasi; Perlindungan silang; Serotip |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 10449 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jun 2017 23:40 |
Last Modified: | 12 Jun 2017 07:53 |
Repository Staff Only: item control page