Kesan Triali Isosianurat (TIAC) terhadap sifat tegangan filem Poly L-Laktid Asid (PLLA) yang diiradiasi gamma dan alur elektron

Mohd Reusmaazran Yusof, and Roslinda Shamsudin, and Yusof Abdullah, and Norzita Yaacob, (2016) Kesan Triali Isosianurat (TIAC) terhadap sifat tegangan filem Poly L-Laktid Asid (PLLA) yang diiradiasi gamma dan alur elektron. Sains Malaysiana, 45 (12). pp. 1981-1986. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
695kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_...

Abstract

PLLA merupakan biodegrasi polimer yang mempunyai aplikasi yang meluas dalam pelbagai bidang industri dan perubatan. Dalam kajian ini, PLLA telah dicampurkan dengan triali isosianurat (TIAC) antara 1 hingga 6 v/v% bagi melihat perubahan sifat tegangan dan terikan filem PLLA. TIAC biasanya digunakan sebagai agen taut silang dan keplastikan untuk mengubah sifat polimer. Campuran PLLA-TIAC telah diiradiasi pada 10 kGy di bawah alur elektron (EB) dan gamma (γ). Keputusan menunjukkan kekuatan tegangan (tegasan maksimum) menurun dengan peningkatan kandungan TIAC di dalam PLLA tetapi meningkat sedikit pada 4 v/v% TIAC bagi PLLA iradiasi dan tanpa iradiasi. Manakala nilai terikan didapati meningkat pada TIAC 2 v/v% dan menurun apabila TIAC ditambah melebihi 2% v/v% terutamanya bagi PLLA yang diiradiasikan. Daripada keputusan DSC terdapat perubahan pada suhu peralihan kaca, Tg, suhu penghabluran sejuk, Tc, entalpi penghabluran sejuk, Hc dan suhu peleburan, Tm menunjukkan berlaku perubahan pergerakan rantaian PLLA dan fasa penghabluran dengan kehadiran TIAC dan sinaran mengion di dalam PLLA. Perubahan pada puncak penyerapan spektra infra merah jelmaan fourier (FTIR) menunjukkan berlaku penggantian atau kemasukkan molekul TIAC ke dalam rantian PLLA.

Item Type:Article
Keywords:Iradiasi elektron; Iradiasi gamma; Kekuatan tegangan; PLLA; TIAC
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:10450
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2017 23:44
Last Modified:12 Jun 2017 07:38

Repository Staff Only: item control page