Intervensi meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran murid bermasalah pembelajaran

Manisah Mohd Ali, and Norizza Sahal, (2016) Intervensi meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 1-6. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/800

Abstract

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah apabila murud-murid mampu memberi sepenuh perhatian dan respons yang baik di dalam kelas. Murid-murid bermasalah pembelajaran adalah antara golongan yang lemah dari aspek penguasaan kemahiran belajar berikutan pengekalan tumpuan yang singkat dan kesukaran untuk memastikan pelajaran yang disampaikan diperolehi dengan kadar sepatutnya. Penggunaan origami dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu usaha untuk meningkatkan daya dan kemahiran belajar murid-murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan reka bentuk ‘single subject’ yang dijalankan ke atas dua orang murid bermasalah pembelajaran yang dikenal pasti mempunyai ciri-ciri kurang daya tumpuan. Dua bentuk intervensi menggunakan lipatan kraf tradisi Jepun (origami) dilaksanakan ke atas sampel bagi mengenal pasti kesan penggunaan origami terhadap daya tumpuan mereka. Daya tumpuan murid sebelum intervensi iaitu semasa fasa baseline dan semasa fasa intervensi diukur menggunakan Borang Pemerhatian Baseline dan Borang Pemerhatian Intervensi. Data yang direkod dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu dengan melihat jumlah sela dan peratusan daya tumpuan. Hasil kajian menunjukkan daya tumpuan sampel meningkat melebihi 60% apabila intervensi diberikan malah kedua-dua mereka telah mencatatkan daya tumpuan maksimum iaitu 100% dalam sekurangkurangnya dua sesi intervensi. Motivasi dan perasaan ingin tahu yang berkesinambungan terhadap setiap langkah semasa penghasilan origami ditambah lagi dengan ciri-ciri origami itu sendiri yang bersifat “hands-on” menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan daya tumpuan sampel. Pengurangan tingkah laku mengganggu semasa penghasilan origami turut menjadi faktor pengekalan tumpuan sampel semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini mempunyai implikasi kepada konteks pedagogi untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.

Item Type:Article
Keywords:Tumpuan; Masalah pembelajaran; Origami; Intervensi
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10451
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jun 2017 01:08
Last Modified:12 Jun 2017 15:29

Repository Staff Only: item control page