Kemahiran profesional graduan perakaunan: antara jangkaan majikan dan keperluan pelajar dalam kurikulum perakaunan

Noor Lela Ahmad, and Suraini Mohd Rhouse, (2016) Kemahiran profesional graduan perakaunan: antara jangkaan majikan dan keperluan pelajar dalam kurikulum perakaunan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 7-17. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/800

Abstract

Globalisasi dalam dunia perniagaan memerlukan Pendidikan Perakaunan berubah dengan mengubahkan kurikulum daripada pendekatan supply driven kepada demand driven berpunca daripada keperluan industri yang menginginkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran tinggi. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka kemahiran profesional yang diperlukan oleh persekitaran kerjaya berdasarkan perspektif majikan industri dan pelajar tahun akhir ijazah perakaunan. Kemahiran profesional yang dikaji terdiri daripada enam konstruk kemahiran iaitu kemahiran teknikal (perakaunan, kewangan dan pencukaian), kemahiran pengurusan, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran intelektual, kemahiran interpersonal dan kemahiran personal. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul data daripada 150 orang pelajar perakaunan tahun akhir dan 50 orang majikan daripada firma perakaunan. Kajian mendapati pelajar menilai kemahiran intelektual sebagai kemahiran terpenting, diikuti kemahiran personal dan kemahiran teknikal. Majikan pula menganggap kemahiran interpersonal sebagai kemahiran yang paling perlu dimiliki oleh graduan diikuti kemahiran intelektual dan kemahiran personal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat jurang perbezaan antara keperluan pelajar dan jangkaan majikan terhadap kemahiran profesional yang dianggap penting. Dengan ini, kajian mencadangkan penambahbaikan berterusan dilakukan terhadap kurikulum perakaunan dengan memberi penekanan kepada kemahiran profesional yang diperlukan bagi melahirkan graduan berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Perakaunan; Kemahiran profesional; Majikan; Graduan; Kurikulum perakaunan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10452
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jun 2017 01:12
Last Modified:12 Jun 2017 15:31

Repository Staff Only: item control page