Tahap kefahaman bahasa Arab mengikut taksonomi bacaan dalam kalangan pelajar

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Sarizan Sulong, and Siti Nuhajariah, (2016) Tahap kefahaman bahasa Arab mengikut taksonomi bacaan dalam kalangan pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 33-37. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/800

Abstract

Membaca adalah satu proses kognitif untuk mencari maksud dari bahan teks yang dibaca. Proses Kognitif mempunyai enam tahap kefahaman mengikut Taksonomi Bloom. Kajian ini bertujuan; (1) untuk mengenal pasti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar melalui Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi; dan (2) untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi sebagai alat kajian. Respon kajian ini seramai 60 pelajar tingkatan dua yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Namun, secara terperinci pula, dapatan kajian menunjukkan aras pertama Taksonomi berada pada tahap Sederhana, manakala aras selebihnya adalah pada tahap Lemah. Dari aspek Peringkat Kebolehbacaan pula, dapatan kajian menunjukkan dua aras pertama dan kedua pada Peringkat Bimbingan dan aras selebihnya pada Peringkat Kecewa. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran Bahasa Arab; Kefahaman bacaan; Kemahiran membaca; Kebolehbacaan; Ujian kefahaman bacaan Bahasa Arab
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10455
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jun 2017 01:31
Last Modified:12 Jun 2017 15:52

Repository Staff Only: item control page