Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu

Abdul Rasid Jamian, and Nurul Nadiah Razali, and Shamsudin Othman, (2016) Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 39-45. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
278kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/800

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peningkatan penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu di kawasan Putrajaya. Kajian ini untuk mengenal pasti strategi dan teknik yang digunakan dan mengenal pasti elemen lakonan yang digunakan dalam pengajaran penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur. Sebanyak 80 orang sampel yang terdiri daripada guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah menengah di kawasan Putrajaya telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik tersebut mengandungi demografi responden, strategi dan teknik pengajaran penulisan karangan yang digunakan melalui teknik didik hibur, elemen lakonan yang digunakan dalam teknik didik hibur dan permasalahan yang dihadapi dalam pengajaran penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi dan teknik pengajaran penulisan karangan yang digunakan melalui teknik didik hibur secara keseluruhannya min 3.16 (S.P = 0.68). Dari segi elemen lakonan dalam teknik didik hibur yang digunakan secara keseluruhannya memperoleh min 3.69 (S.P = 0.55). Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa teknik didik hibur yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan penulisan karangan.

Item Type:Article
Keywords:Teknik didik hibur; Penulisan karangan; Pembelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10456
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jun 2017 01:34
Last Modified:12 Jun 2017 15:47

Repository Staff Only: item control page