Kecenderungan otak dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi pelajar

Salmiza Saleh, and Anis Diyana Halim, (2016) Kecenderungan otak dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 65-69. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
228kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/800

Abstract

Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kecenderungan otak dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan sekolah-sekolah luar bandar dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi belajar dalam Fizik. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dari sebuah daerah luar bandar di negeri Perak. Soal selidik Dominasi Hemisfera Otak, Ujian Pencapaian Tahun Akhir Tingkatan empat dan Motivated Strategies Learning Questionnaire (MSLQ) telah digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati bahawa (1) tidak terdapat perbezaan kecenderungan otak kanan antara pelajar lelaki dan perempuan, (2) tidak terdapat perbezaan kecenderungan otak kiri antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan, (3) tidak terdapat hubungan antara kecenderungan otak kiri atau otak kanan dengan pencapaian Fizik dan (4) tidak terdapat hubungan antara kecenderungan otak kiri atau otak kanan dengan motivasi belajar Fizik.

Item Type:Article
Keywords:Kecenderungan otak; Fizik; Pencapaian; Motivasi; Jantina; Sekolah luar bandar
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10459
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jun 2017 02:06
Last Modified:12 Jun 2017 15:40

Repository Staff Only: item control page