Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia

Yasmin Ahmad, and Najeemah Mohd Yusof, (2016) Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 71-78. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
286kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/800

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru dikenal pasti berdasarkan etnik, jantina, tahap pendidikan, bidang pengajaran, pengalaman mengajar, pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya serta kursus atau latihan kepelbagaian budaya yang pernah dihadiri oleh guru. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif. Seramai 514 orang guru di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak terlibat dalam menjawab soal selidik kajian ini. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 22. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi memperoleh tahap sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik yang terlibat dalam kajian ini berdasarkan min bagi setiap ciri yang dikaji, iaitu etnik, jantina, tahap pendidikan, bidang pengajaran, pengalaman mengajar, pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya serta kursus atau latihan kepelbagaian budaya yang pernah dihadiri oleh guru. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dapatan yang pelbagai bagi sensitiviti kepelbagaian budaya berdasarkan etnik, jantina, tahap pendidikan, bidang pengajaran, pengalaman mengajar, pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya serta kursus atau latihan kepelbagaian budaya yang pernah dihadiri oleh guru yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang bertujuan untuk menghasilkan guru yang sensitif terhadap latar belakang murid yang berbeza dan menangani perhubungan kaum dengan kaedah yang positif dan proaktif. Dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap ilmu pendidikan dan juga amalan profesional khususnya kepada guru, pentadbir sekolah, KPM, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan kursus perguruan dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memainkan peranan dan memikul tanggungjawab tentang keperluan menyediakan bakal guru dan guru supaya mempunyai tahap sensitiviti kepelbagaian budaya yang tinggi selaras dengan realiti kepelbagaian murid di sekolah pada masa kini.

Item Type:Article
Keywords:Sensitiviti budaya; Interaksi antara budaya; Kepelbagaian budaya; Persekitaran sekolah pelbagai etnik
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10460
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jun 2017 02:09
Last Modified:12 Jun 2017 15:45

Repository Staff Only: item control page